Wednesday, 23 May 2012

JIKA IA SEBUAH CINTA

Jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar , tetapi ia sentiasa bergetar .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta namun ia sentiasa melihat dan merasa .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik namun sentiasa menarik .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa dihampiri oleh hati .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak berjanji namun sentiasa cuba memenangi .

Jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan perkataan namun hadir dengan ketentuan .

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir dengan kerana pengorbanan dan kesetiaan .

No comments:

Post a Comment